Tuesday 31 December 2013

sElAmAt TiGgAl 2013

2013,

Perpisahan sering berlaku dalam kehidupan kita. Adakala ia terpahat sebagai satu memori teindah namun sering kali yang berlaku ialah memori yang pahit lebih pahit dari perkataan PAHIT. Tiada ungkapan dan tiada terjemahan yang dapat menyatakannya jika itu berlaku.

2013,

Kau akan pergi untuk selamanya. Tapi ketika bersama mu terlalu banyak cabaran yang ku tempuhi. Terlalu banyak onak yang begitu rakus cuba membinasakan angan- angn hidup ku. Tapi ku berjaya harungi dengan cara ku sendiri. Cara yang ku fikirkan tanpa menoleh lagi ke belakang melihat silam ku.

2013,

Kau telah berikan aku pengalaman yang tidak ternilai.Tiada apa-apa yang dapat di tukar ganti dengan memori yang kau berikan. Akan ku tempuhi bersama bekalan yang telah kau berikan. Bekalan memori teindah yang tak pernah ku impikan. Yang tak pernah ku sangkakan.

2013,

Terima kasih segalanya. atas keprihatinan mu. Akan ku harungi jua dan akan ku temui tahun yang baru. Tahun yang di panggil 2014. SELAMAT DATANG 2014. Tahun yang ku masih gusar untuk harungi namun bekalan telah ku perolehi.






2014


tersurat dan tersirat

Setiap kata - kata yang diungkapkan ada maksud yang perlu kita huraikan sendiri dan setiap huraian itu berdasarkan fahaman kita sendiri. Begitu juga bahasa yang kita sering gunakan..

Kaseh,

Renungilah dan fahamilah apa yang diperkatakan.

play safe and don't force to run but home run for us

jalanilah kehidupan kita bersama dengan penuh berhati - hati dan jagalah hati pasangan. Janganlah terburu - buru untuk melakukan sesuatu. fikirkan keburukan sebelum kebaikan. Demi kita lakukanlah dengan penuh kesetiaan demi keutuhan hubungan kita bersama.



mengenali calon pasangan hidup



Untuk mengenali calon pasangan hidup anda dengan mendalam, al-Ustaz Jasim Muhammad al-Mutawwa’ mencadangkan agar anda mengajukan 10 soalan.

Soalan-soalan ini boleh diajukan secara langsung semasa sesi taaruf, atau melalui orang tengah. Jika calon memilih untuk bertemu, melihat dan berkenalan pastikan pertemuan itu tidak dilakukan secara berdua-duaan di tempat suci dan terpencil.

Jangan cemari niat yang suci dengan melanggari perintah Allah dan Rasul. Jangan relakan syaitan menjadi orang ketiga di antara anda dengan si dia.

10 soalan itu adalah:

1. Apakah wawasan hidupnya?
Setiap orang mempunyai wawasan dan cita-cita yang ingin dicapai dalam hidupnya. Inilah yang perlu anda ketahui mengenai bakal pasangan hidup anda.
Sekiranya anda dan dia mempunyai wawasan dan matlamat hidup yang sama maka perselisihan dalam rumahtangga akan berkurangan.

2. Bagaimanakah kefahamannya mengenai konsep perkahwinan?
Kefahaman serta tasawur atau gambaran yang jelas mengenai perkahwinan amat penting.

Sekiranya kedua-dua pihak mempunyai kefahaman yang berbeza, umpamanya satu pihak menganggap perkahwinan hanya sekadar memenuhi tuntutan nafsu semata-mata, sedang satu pihak lagi memandang sebagai satu ibadah, sudah semestinya rumahtangga yang bakal dibina tidak akan aman daripada perselisihan dan pergaduhan.

3. Apakah sifat-sifat yang digemari dan tidak digemarinya?
Adalah penting bagi setiap pasangan mengetahui kegemaran pasangannya, apa yang disukai dan tidak disukainya kerana kadang-kadang perselisihan berlaku disebabkan kelainan kegemaran dan citarasa.

Sekiranya kegemaran setiap pihak diketahui terlebih awal mungkin perselisihan dapat dielakkan.

4. Apakah pandangannya mengenai anak pada tahun pertama perkahwinan?
Setiap orang mempunyai pandangan yang berbeza mengenai masa yang sesuai untuk menimang cahaya mata.
Sekiranya satu pihak belum bersedia sedang pihak yang satu lagi sudah tidak sabar untuk bergelar ibu atau ayah, pastilah kedua-dua pihak akan berasa tertekan dan perhubungan akan jadi tegang.

5. Adakah dia mempunyai masalah kesihatan atau kecacatan?
Masalah kesihatan yang kronik atau kecacatan semula jadi pada anggota badan tidak wajar disembunyikan.

Mengetahui adanya penyakit atau kecacatan tertentu akan mempengaruhi keputusan yang bakal diambil.

Menyembunyikan penyakit yang kronik atau kecacatan yang mengaibkan boleh dianggap sebagai satu penipuan.

6. Adakah dia seorang yang suka bergaul?
Sesetengah orang suka bergaul dengan pelbagai lapisan masyarakat, mempunyai kawan dan kenalan di merata-rata tempat. Sesetengah yang lain pula suka menyendiri, tidak pandai berkawan dan sukar didampingi.

Orang macam mana yang anda cari?

7. Bagaimana hubungannya dengan ahli keluarganya?
Perkahwian bukan sekadar aqad yang mempertemukan antara dua jiwa. Sebaliknya perkahwinan merupakan hubungan kemasyarakatan yang mencantumkan antara dua keluarga atau lebih.

Oleh itu bakal tunangan harus tahu status keluarga serta hubungan mereka antara satu sama lain. Hubungan kekeluargaan juga sedikit sebanyak menggambarkan keperibadian seseorang.

8. Apakah kegemarannya dan bagaimana dia mengisi waktu lapangnya?
Kegemaran serta cara seseorang memenuhi masa lapangnya juga memberi gambaran tentang wawasan serta cita-citanya dalam hidup ini.

9. Adakah dia aktif dalam mana-mana pertubuhan bukan kerajaan (NGO) atau pertubuhan kebajikan?
Keaktifan dalam persatuan kebajikan atau pertubuhan sukarela menggambarkan dia bukan seorang yang sombong dan mementingkan diri.

Orang yang hidupnya sekadar untuk memenuhi cita-cita dan wawasan peribadi semata-mata sebenarnya hidup dalam dunia yang sempit dan mati sebagai insan yang kerdil.
Tetapi orang yang hidup dalam perjuangan akan hidup sebagai insan yang hebat dan apabila dia mati namanya akan dikenang zaman-berzaman.

10. Apakah pandangannya sekiranya ibu bapa masuk campur dalam urusan peribadi atau urusan rumahtangga mereka?
Setengah orang menganggap rumahtangga adalah masalah peribadi yang terlalu khusus. Tiada seorang pun yang boleh masuk campur walaupun ibu bapa sendiri.

Hal ini sangat penting diketahui oleh setiap orang yang akan memasuki gerbang perkahwinan.

Apakah pandangan bakal pasangan hidupnya.

Adakah dia termasuk dalam golongan di atas atau sebaliknya seorang yang terlalu bergantung kepada kedua-dua ibu bapanya walaupun telah berkeluarga?

Apabila anda telah mendapat jawapan yang bersesuaian dengan apa yang dicari, maka teruskanlah hasrat anda untuk melamarnya. Begitu juga halnya dengan pihak yang dilamar.

Pastikan anda mengenali jejaka yang melamar itu dengan mengajukannya 10 soalan di atas.

-Pakar Diari hati.

puding laici dangdut


Resepi:  

Bahan:-

·                     10 gram serbuk agar-agar
·                     2 liter air (8 cawan)
·                     2 cawan gula halus
·                     2 tin laici (dalam tin) - diasingkan airnya
·                     1 tin susu sejat (400 ml)

Cara Membuat:-
1.            Masak serbuk agar-agar, air dan gula sehingga mendidih.
2.            Tutup api dan masukkan air laici dan susu cair, kacau rata.
3.            Tuangkan ke dalam acuan yang disukai.  Biarkan wap panas hilang sebentar.
4.            Masukkan ke dalam peti sejuk.
5.            Hidangkan dengan buah laici yang telah diasingkan tadi.

Monday 30 December 2013

Hanya kamu


hanya kamu saja yang mampu bertahta dihatiku
hanya kamu saja yang mampu memiliki hatiku
hanya kamu saja yang mampu memiliki jiwaku

# hanya kamu #

idea

Aku hanya menaip
Aku hanya mengaksara apa yang ada
Aku hanya terfikir apa yg ada di benak fikiran

Apa yang aku tahu
Aku hanya menaip
Isinya, dalamnya
Kadang-kadang aku tak pasti
itu betul, atau salah.

Dan yang pasti, 
Kau takkan dapat
tahu

Saturday 28 December 2013

hati #1


ada apa dengan hati ?
# jika sering disakiti #

ada apa dengan hati ?
# jika sering dinodai #

ada apa dengan hati ?
# jika jiwa sunyi #

ada apa dengan hati ?
# jika jasad menyendiri #

# tanya sama hati apa sebab sunyi #

sentap

hoiii...sentap beruk ! lappy kesayangan hamba merajuk..
adoii...stress gile , dah rindu si dia sangat-sangat...


lewat ini !


Sejak

dua menjak
tiga menjak
empat menjak
lima menjak
enam menjak
tujuh menjak
lapan menjak
sembilan menjak
sepuluh menjak 


DAN


Aku sudah muak.

# tentang rasa #

usapan tangan menyinggah kepala

apa rasa malam ini ?
sunyi sepi...........
tiada angin , tiada bunyi

apa rasa malam ini ?
sunyi sepi...........
tanpa bicara , tanpa ucapan

apa rasa malam ini ?
sunyi sepi...........
bosan tinggal tanya !

stupido

# i LOVE you stupid #

salahkah




Salahkah ku bila mencintamu sepenuh hati
sedang ku tahu pasti keluarga tak merestui 

Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang 
untuk kita berdua  

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua  

Dari situ ku sedari mungkinkah saat nanti
cinta kita berdua bisa ku miliki  

Salahkah ku bila mencintaimu 
mencinta sepenuh hati  

Biarkan dunia berputar seiring waktu berjalan
sampai saat nanti tiba
waktu merestui cinta yang terlarang 
untuk kita berdua  

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua 

Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki

Salahkah.. salahkah
Salahkah.. salahkah ku..

Dari jauh ku berlari mengejar mimpi-mimpi
berat rasanya ku dapatkan semua 

Dari situ kusedari
Mungkinkah saat nanti
Cinta kita berdua bisa kumiliki

Friday 27 December 2013

jumaat terakhir 2013


# penuh dugaan dan cabaran #

# penuh suka dan duka #

# penuh sketsa # # penuh dramatik #

memoir

Dalam sibuk aku mengelamun
Aku terfikir ,terfikir sesuatu
Bahawa hati aku sekarang
Tidak lagi punya siapa-siapa
Macam waktu dulu...

Oh rindunya,
Rindunya daku pada memori dulu kala
Bak memori daun pisang
Yang dulunya
Pernah menjengah dalam diri ini
Tak ku sangka itu...

Walau dalam sedih
Ada juga ingin berterima kasih
Kerana,
Kerana dahulu ada yang pernah menyinggah
Menyinggah dalam diri ini
Walaupun ku tahu
Diri ini tidak sehebat mana
Dalam waktu bercinta...

Aku juga manusia biasa
Mungkin tak pandai bercinta
Seperti orang-orang lain
Yang mungkin
Pandai madah berhias pujangga
Ayat-ayat manis
untuk sang kekasih..

Aku juga ingin
Berterima kasih
Pada yang sanggup menyinggah dalam diri ini
Yang sanggup
Mencipta memori-memori indah
Walaupun mungkin tidak sehebat yang lain
Tapi pada aku
Tetap indah
Sampai bila-bila
Sehingga
Aku mati...

Thursday 26 December 2013

# aduk campur #


# Bahagiamu , Deritaku #

#PAIN INSIDE ONLY ALLAH KNOWS #

# sakit #

Aku pemuja tegarmu ! 

aku menghabiskan sisa-sisa hayatku dengan memujamu
tapi aku hanya pemuja kepada sesuatu bukan milik aku
dan kesekian-kalinya aku terperosok menyembah bumi
hanya kesakitan melumpuri segenap tubuhku
hanya bisa mencengkam kulit-kulitku

Aku pemuja tegarmu !

ketika orang lain mengejar rusuk kiri adam yang lain
aku disini menunggu rusukmu menjadi milikku
aku hanya mampu memandang sepi seorang yang ingin kumiliki
aku terus tabah menongkah arus kegagalan
kegagalan menggapaimu menjadi khalifahku

# pemujaanku akankah berakhir sampai DISINI ? # 

Nombor

Ada apa dengan nombor ? 1,2,3 hah itu nombor. 
nombor yang bisa membinasakan aku ! hanya dengan nombor. 
nombor , nombor dan nombor

dulu aku suka , sangat suka. tapi apa yang aku suka memporakperandakan aku ! nombor, 
memang bukan salah engakau , engkau nombor, dan aku penggemarmu.

#ahhh..jahaman kau nombor !

Dalam

Dalam tak dalam , isi kian cengkam , rasa mula tikam , 
mata mula ragam , jiwa mula dendam , minda mula kusam ,

#rasa,jiwa,minda#

Perangai sewel kita semua

Lidah bisa yang tiada budaya terus bersepah di gelanggang bodoh. 
Berselindung di balik tembok - tembok kebiolan pendirian sendiri. 
Mengangkat kebaculan diri untuk disaluti keberanian yang diangan - angankan.
Tingkatnya ? hanya Di buku lali sahaja.

Gelanggang biol, bikin kita semua gila .

Lembaran baru

kenangan - memori
biarkan ia berlalu , mungkin laluannya telah dimamah memori

aku ? teruskan hidup
aku ? terus berjuang
dan aku ? terus tercari-cari siapa DIA "dihatiku ?

dia ? entah dimana
dia ? entah mengapa
dia ? masihkah mengingatiku

p/s : moga tuhan merahmatinya !

Tentang Dia

sering kali pergaduhan tercetus , pertikaman lidah meletus,
ketidak persefahaman terkambus, aku terus berdiri menghembus nafas yang kian tertimbus,

namun aku terus kuat untuk terus berdiri biarpun tombak menghunus !
ya allah kau berikanlah ketabahan kepada aku untuk terus berjuang biarpun gunung tertimbus !