Tuesday 11 February 2014

Diary buat Si dia

ASSALAMUALAIKUM


terimbas kembali saat pertama kali kita bertemu . ada rasa yang tak pernah menyinggah di hati ini . mencintai abang tak pernah terlintas dihatiku. pertemuan sering terjadi , aku begitu terawang-awangan bersamamu. langkah demi langkah perhubungan kita berjalan lancar. aku bahagia bersamamu.



bulan demi bulan aku meniti hati , mencipta memori bersamamu amat aku hargai . kian tebal kasih ini untukmu walau ku tahu pasti ada kekangan dalam hubungan kita. masalah kian timbul bila perhubungan menginjak usia.




aku tahu dirimu memerlukan komitmen untuk perkara yang lain, aku masih bersabar . menerima dengan tabah. tiba masa dirimu pergi meninggalkan aku selama seminggu perhubungan kita kian runcing. aku begitu merindui saat-saat kita bersama , gelak tawa kita penyeri hubungan kita.



aku cemburu , kamu cemburu , kini setiap hari pertengkaran sering terjadi , dimanakah senyuman , gelak tawa kita dulu . saling melengkapi . kini dirimu merindui insan yang lain melebihi merindui aku . menggu pesanan ringkas dari insan yang lain. aku tahu aku bukan insan yang terpenting dalam hidupmu lagi.

aku pasrah dah berserah pada takdir , mungkin ini ujian Allah untukku.

diary buat Bonda !

Assalamualaikum 



seringkali alang terfikir,bila dah lama sangat alang tak call mak ,adakah mak akan sedih ? masih terbayang wajah mak yang sedang menangis menunggu anaknya pulang ke rumah. alang takut suatu hari nanti, mak akan tertunggu-tunggu kepulangan alang  balik, tapi alang dah tak balik-balik lagi..


Masih teringat lagi suatu ketika dulu ,ketika mak siap-siapkan alang untuk ke tadika dan sekolah rendah. masa itu, mak masih muda , cantik dan jelita. Mak siapkan pakaian alang ,lepas tu, abah yang hantar alang ke sekolah. Bila alang balik rumah, mak sambut alang dengan muka ceria. Tapi sekarang mak dah semakin tua. Sekarang mak dah tak payah siapkan alang ,sebab alang sendiri dah boleh berdikari, tetapi secara jujurnya alang nak mak tahu, yang alang rindu sangat semua yang mak buat tu. 


Alang rindu nak berada dalam pelukan mak. Rasa kasih sayang seorang ibu. Bila alang masuk sekolah menengah, alang terpaksa berjauhan dari mak, alang masuk sekolah asrama. Kebanyakan hari-hari yang alang lalui tanpa mak. Alang hanya call mak bila alang rasa alang nak call mak. alang terlalu sibuk dengan hal alang di sekolah dan asrama. Ketika itu, alang dah rasa yang mak mesti akan rindu sangat pada alang. Kalau hari jumaat atau hari sabtu ,bila mak datang, mak akan tanya macam-macam tentang alang,dah makan ke belum , pelajaran macam mana, dan aktif sukan apa kat sekolah, Minggu ni buat apa. Semua mak tanya. Dan yang paling alang terharu bila mak beli macam-macam makanan untuk anak manja mak ni.


Bila alang masuk universiti, alang dah semakin jauh dengan mak. Alang semakin sibuk dengan pembelajaran sampaikan kadang-kadang alang lupakan mak. Tapi alang tau yang mak tak pernah lupa mendoakan alang. alang tahu bukan abah sorang je yang cari rezeki, mak pun sama juga. Setiap hari mak menjahit baju dan mengasuh anak-anak cikgu yang mengajar dekat rumah kita untuk cari duit nak bagi kepada anak-anak mak. Masih alang ingat ketika raya dulu .Mak sangat sibuk siapkan baju raya orang lain. Sampaikan baju raya alang mak hanya mampu siapkan pada pagi raya , kadang-kadang baju alang sering mak salah jahit, tapi mak tetap buat juga sampai jadi cantik. Mak akan pastikan anak-anak mak memakai baju raya baru. Biarlah kalau mak sendiri pun tak pakai baju raya.

Apa yang alang boleh cakapkan adalah alang sentiasa doakan mak, semoga mak sihat sentiasa. Alang tahu setiap hari mak akan doakan alang . Alang cuma kesian dekat mak sebab kena berkerja lagi sedangkan anak-nak mak dah besar. Alang harap mak boleh bersabar untuk tunggu alang mendapat pekerjaan yang baik .In sha Allah alang akan berikan gaji alang kepada mak dan abah. 

Alang sayang mak dan abah sangat -sangat !!
 Sekian.

La Tahzan Innallah Ma'ana

"LA TAHZAN "


aku yang terakhir


tiada apa yang nak diluahkan lagi , aku yang terakhir 
aku rasa terpinggir dari kasihnya , aku yang terakhir

aku dilarang menghubunginya , aku yang terakhir
aku redha kerana , aku yang terakhir

Luahan Rasa

setiap apa yang terdetik itu yang aku rasa. rasa pengabaian dia terhadap aku. aku juga ingin disayangi, dicintai, dirindui. aku terasa aku terbuang, terbuang dari hatinya. perasaan ini kian menjadi-jadi. aku telah berusaha untuk perhubungan ini. tetapi takdir yang terjadi melemahkan aku.aku kalah dalam perhubungan yang tercipta. YA ALLAH, JIKA INI TAKDIKU AKU REDHA !

Thursday 6 February 2014

30 ORANG YANG PERTAMA DALAM ISLAM



1. Orang yang pertama menulis Bismillah : Nabi Sulaiman AS.

2. Orang yang pertama minum air zamzam : Nabi Ismail AS.

3. Orang yang pertama berkhatan : Nabi Ibrahim AS

4. Orang yang pertama diberikan pakaian pada hari qiamat : Nabi Ibrahim AS.

5. Orang yang pertama dipanggil oleh Allah pada hari qiamat : Nabi Adam AS.

6. Orang yang pertama mengerjakan saie antara Safa & Marwah : Sayyidatina Hajar 

7. Orang yang pertama dibangkitkan pada hari qiamat : Nabi Muhammad SAW.

8. Orang yang pertama menjadi khalifah Islam : Abu Bakar As Siddiq RA.

9. Orang yang pertama menggunakan tarikh hijrah : Umar bin Al-Khattab 

10.Orang yang pertama meletakkan jawatan khalifah dalam Islam : Al-Hasan bin Ali 

11. Orang yang pertama menyusukan Nabi Muhammad SAW : Thuwaibah RA.

12. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan lelaki : Al-Harith bin Abi Halah 

13. Orang yang pertama syahid dalam Islam dari kalangan wanita : Sumayyah binti Khabbat 

14. Orang yang pertama menulis hadis di dalam kitab / lembaran : Abdullah bin Amru bin Al-Ash 

15. Orang yang pertama memanah dalam perjuangan fisabilillah : Saad bin Abi Waqqas 

16. Orang yang pertama menjadi muazzin dan melaungkan adzan: Bilal bin Rabah 

17. Orang yang pertama sembahyang dengan Rasulullah SAW : Ali bin Abi Tholib 

18. Orang yang pertama membuat minbar masjid Nabi SAW : Tamim Ad-dary 

19. Orang yang pertama menghunus pedang dalam perjuangan fisabilillah : Az-Zubair bin Al-Awwam 

20. Orang yang pertama menulis sirah Nabi Muhammad SAW : Ibban bin Othman bin Affan 

21. Orang yang pertama beriman dengan Nabi SAW : Khadijah bt Khuwailid.

22. Orang yang pertama mengasaskan usul fiqh : Imam Syafei RH.

23. Orang yang pertama membina penjara dalam Islam: Ali bin Abi Tholib 

24. Orang yang pertama menjadi raja dalam Islam : Muawiyah bin Abi Sufyan 

25. Orang yang pertama membuat perpustakaan awam : Harun Ar-Rasyid 

26. Orang yang pertama mengadakan baitulmal : Umar Al-Khattab 

27. Orang yang pertama menghafal Al-Qur'an selepas Rasulullah SAW : Ali bn Abi Tholib 

28. Orang yang pertama membina menara di Masjidil Haram Mekah: Khalifah Abu Ja'far Al-Mansur

29. Orang yang pertama digelar Al-Muqry : Mus'ab bin Umair 

30. Orang yang pertama masuk ke dalam syurga : Nabi Muhammad SAW.


Monday 3 February 2014

nukilan terakhir dari ku

Salam perpisahan Salam terakhir dari ku syg,
Aku x pernah minta perkara ni terjadi
Aku x pernah termimpi perkara ini berlaku
Perpisahan juga yang kau pinta dari ku

Aku redha aku akur dgn permintaan mu ini
Hati ini menangis x terhingga
Terkenangkan kembali saat2 bahgia kita
Mengimbau kembali susah payah kita bersama

Mulai saat ini arah kita berbeza
Mulai ketika ini haluan kita x sama
Aku x pasti samaada aku blh seperti biasa tanpa mu syg
Aku x tahu dan aku x nmpak jalan keceriaan

Aku berdoa agar kau akan selalu ceria
Aku harapkan kau akan selalu gembira
Dengan sesiapa saja yg bakal bersama mu
Dengan sesiapa saja yg bakal menawan hati mu


Salam terakhir dari ku sayang