Friday 24 January 2014

pudar

Semakin hari semakin jauh aku rasa diri aku dengannya. Dah mula dengan sikap lamanya. Aku dah tewas dalam membimbingnya. Aku sangat2 hampa. Kini dia telah membawa haluannya sendiri. Haluan yang bina bersama untuk diredah x lagi digunakan. Ya allah adakah ini kearah kemusnahan. Ya allah aku dah putus harapan. Andai aku dah mempunyai bekalan sudah pasti aku mohon singkatkan hidup ku ini. Namun aku masih kurang bekalan untuk menemui mu ya allah. Aku kini x karuan. Apa yang aku buat hanya memikirkannya saja.

Wednesday 15 January 2014

masih mencintainya


Jika teringat tentang dirimu
Berlinang air mataku
Ku rindu saat-saat bersamamu
Kasih sayangmu padaku

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Kini kau bukan milikku
Dan berakhir sudah cintaku
Biarkan saja hatiku bicara
Ku masih sayang padamu

Aku selalu mendoakanmu
Agar kau bahagia
Bersama dirinya selamanya

Mengapa mudahnya hatimu mendua
Ku lapangkan dada walau aku terluka
Semoga bahagia bersama dirinya
Karena kau telah memilih dia

Betapa sakitnya apa yang ku rasa
Tuhan kuatkanlah hatiku yang terluka
Semoga ku bisa tuk melupakannya
Karena ku masih mencintainya

Monday 13 January 2014

episod


12 januari 2014
episod baru aku
enjakkan rasa memusnahkan rasa

13 januari 2014
episod duka aku
persoalan menutup tiraiku

episod , episod dan episod
kedurjanaan meruntun jiwa

#all changing in one peace !

Sunday 12 January 2014

redha


Belum cukup sabar kalau masih ada batas.
Belum cukup ikhlas kalau masih ada rasa sakit.
Ujian itu didikan daripada Tuhan.
Mengajar hati untuk sabar dan ikhlas.
Bicara Tuhan untuk kita faham 
makna redha tanpa ada batas.
Redha bertapi tanda hati belum redha.

Ajarkan aku untuk meredhai semuanya Tuhan.


Friday 10 January 2014

resah



         Entah kenapa sejak bermulanya lembaran baru 2014 hati aku sentiasa dalam keresahan. Aku tak pasti kenapa jadi begini. Bermulanya detik 1 Januari 2014 sehinggalah 10 Januari, keresahan aku tak pernah reda. Hati sentiasa dalam kebingungan, keresahan,ketakutan dan macam2 lagi. Jika aku dalam keadaan macam ni " blood preasure " aku sentiasa tak stabil.
         Aku mengharapkan sinar di tahun baru. Aku mengharapkan keceriaan sentiasa menyelubungi aku. Aku mengharapkan aku berada di landasan yang betul untuk meneruskan kehidupan yang sementara ini. Adakah sesuatu yang tidak diundang akan terjadi ??? Adakah sesuatu yang tak diingini akan berlaku ????? Ku mengharapkan ini hanyalah mainan kehidupa semata - mata.






Monday 6 January 2014

Ruang


jika itu yang kau mahu ,
aku berikan semampuku ,
jika itu yang kau mahu ,
aku relakan dengan berat hatiku.


jika itu menyenangkan hatimu ,
gunalah ruang itu semahumu ,
jika ruang itu meyenangkan hatimu ,
gunalah ia sewajarmu.

santai bersama photoshop

assalamualaikum....hello pep ! 
santai-santai , suka-suka mendesign header !


Sunday 5 January 2014

morning

morning pep !



everyday, i'm skype with love
he's so handsome
i love it


Thursday 2 January 2014

kehilangan

ya allah, ya rahman, ya rahim
hari ini aku telah kehilangan insan yang kau pinjamkan hatinya untuk mencintai aku.

ya allah, ya rahman, ya rahim
hari ini aku telak berlaku tidak adil menuduh insan yang banyak berkorban untuk aku

ya allah, ya rahman, ya rahim
hari ini aku merasa sangat asing dalam perjalanan mengejarmu

ya allah, ya rahman, ya rahim
aku tahu engaku tidak memberikan ujian melebihi kemampuanku

ya allah, ya rahman, ya rahim
menitis air mata kami bersama, merasai kesakitan kehilangan antara satu sama lain

ya allah, ya rahman, ya rahim
aku bermohon padamu ya allah, kuatkanlah hati-hati kami ya allah

amin , amin ya rabbal a'lamin

kosong

rasa kosong mula menyinggah
oh jiwa , engkau telah kehilangan cintamu
oh kasih , aku telah melepaskanmu
oh tuhan aku silap mengatur langkahku
aku rebah , rebah ke bumi

mengapa waktu tak berpihak padaku
mengapa kita masih tidak pernah bersatu
aku setengah mati merindukanmu

# kau dan aku #



ya allah ya tuhanku !
jika benar dia bukan milikku,
pisahkan kami ya allah
aku tak sanggup aku terluka dan dia juga terluka
ya allah

Wednesday 1 January 2014

rasa menguasaiku

setiap hari, setiap masa aku ditemani dengan wajahnya serta suaranya.bila dia tiada aku cukup merasa kehilangan.tetapi 
entah bila, sejak bila perubahan mendadak terjadi ! 

adakah aku terlampau menginginkannya atau dia sudah muak denganku.aku terpana,aku terasa.begitu payah untuk aku menerima,tapi aku terpaksa telan demi memberi ruang kepadanya.
aku serahkan segala keputusan kepadanya. aku rela, biar aku sakit, biar aku jatuh asalkan dia bahagia.

 # kurelakan jiwa #

perjalananku

perjalanan yang liku tiada penghujung
disebalik helaian-helaian hari aku bertemumu
didalam helaian nafasku aku merinduimu

tetapi dalam ku mengejarmu masih ada penghalangnya
aku cuba dan terus mencuba , mencuba menggapaimu
penat lelahku aku sapu , biar ia kering dipalit tanganku

aksara yang kian menari-nari membuat hatiku rawan
adakah masih ada cinta , ada jiwa untuk kita
aku terpaku, acap kali perselisihan terjadi

durjana media massa merosak binasa
hilang kasih , hilang cinta
biar cinta dimamah masa

PeRmUlAaN BiCaRa D hArI 1 2014

Langkah ku terganggu di awal jam 7.35 pagi. Terganggu dengan pandangan yang tak ku sedari dari penglihatan ku yang kabur. Tertulis perkataan dari sekeping kertas yang begitu perit di baca. Menyucuk bagaikan jarum yang begitu halus menembusi hati. Sakit tak terhingga.

Jantung berdegup laju bagaikan tiada penghujung. Hati mula meronta. Meronta kemarahan yang teramat sangat. Mujur ada penawar hati. Terdengar suaranya sudah cukup untuk menyiram sekam yang sedang makin membara untuk menjadi api. Terpadam seketika segalanya. Kesejukan kembali seperti sediakala

Alhamdulilah,