Wednesday, 1 January 2014

perjalananku

perjalanan yang liku tiada penghujung
disebalik helaian-helaian hari aku bertemumu
didalam helaian nafasku aku merinduimu

tetapi dalam ku mengejarmu masih ada penghalangnya
aku cuba dan terus mencuba , mencuba menggapaimu
penat lelahku aku sapu , biar ia kering dipalit tanganku

aksara yang kian menari-nari membuat hatiku rawan
adakah masih ada cinta , ada jiwa untuk kita
aku terpaku, acap kali perselisihan terjadi

durjana media massa merosak binasa
hilang kasih , hilang cinta
biar cinta dimamah masa

No comments:

Post a Comment