Tuesday 31 December 2013

sElAmAt TiGgAl 2013

2013,

Perpisahan sering berlaku dalam kehidupan kita. Adakala ia terpahat sebagai satu memori teindah namun sering kali yang berlaku ialah memori yang pahit lebih pahit dari perkataan PAHIT. Tiada ungkapan dan tiada terjemahan yang dapat menyatakannya jika itu berlaku.

2013,

Kau akan pergi untuk selamanya. Tapi ketika bersama mu terlalu banyak cabaran yang ku tempuhi. Terlalu banyak onak yang begitu rakus cuba membinasakan angan- angn hidup ku. Tapi ku berjaya harungi dengan cara ku sendiri. Cara yang ku fikirkan tanpa menoleh lagi ke belakang melihat silam ku.

2013,

Kau telah berikan aku pengalaman yang tidak ternilai.Tiada apa-apa yang dapat di tukar ganti dengan memori yang kau berikan. Akan ku tempuhi bersama bekalan yang telah kau berikan. Bekalan memori teindah yang tak pernah ku impikan. Yang tak pernah ku sangkakan.

2013,

Terima kasih segalanya. atas keprihatinan mu. Akan ku harungi jua dan akan ku temui tahun yang baru. Tahun yang di panggil 2014. SELAMAT DATANG 2014. Tahun yang ku masih gusar untuk harungi namun bekalan telah ku perolehi.






2014


2 comments:

  1. Semoga tahun 2014 jadi yang lebih baik untuk kita semua. Percaya sahaja denganNya.. InsyaAllah kita sentiasa di bawah bimbinganNya.. :)

    ReplyDelete
    Replies
    1. insyaallah, dengan adanya dia kita mampu harungi segala halangan dan dugaan

      Delete