Tuesday 11 February 2014

diary buat Bonda !

Assalamualaikum 



seringkali alang terfikir,bila dah lama sangat alang tak call mak ,adakah mak akan sedih ? masih terbayang wajah mak yang sedang menangis menunggu anaknya pulang ke rumah. alang takut suatu hari nanti, mak akan tertunggu-tunggu kepulangan alang  balik, tapi alang dah tak balik-balik lagi..


Masih teringat lagi suatu ketika dulu ,ketika mak siap-siapkan alang untuk ke tadika dan sekolah rendah. masa itu, mak masih muda , cantik dan jelita. Mak siapkan pakaian alang ,lepas tu, abah yang hantar alang ke sekolah. Bila alang balik rumah, mak sambut alang dengan muka ceria. Tapi sekarang mak dah semakin tua. Sekarang mak dah tak payah siapkan alang ,sebab alang sendiri dah boleh berdikari, tetapi secara jujurnya alang nak mak tahu, yang alang rindu sangat semua yang mak buat tu. 


Alang rindu nak berada dalam pelukan mak. Rasa kasih sayang seorang ibu. Bila alang masuk sekolah menengah, alang terpaksa berjauhan dari mak, alang masuk sekolah asrama. Kebanyakan hari-hari yang alang lalui tanpa mak. Alang hanya call mak bila alang rasa alang nak call mak. alang terlalu sibuk dengan hal alang di sekolah dan asrama. Ketika itu, alang dah rasa yang mak mesti akan rindu sangat pada alang. Kalau hari jumaat atau hari sabtu ,bila mak datang, mak akan tanya macam-macam tentang alang,dah makan ke belum , pelajaran macam mana, dan aktif sukan apa kat sekolah, Minggu ni buat apa. Semua mak tanya. Dan yang paling alang terharu bila mak beli macam-macam makanan untuk anak manja mak ni.


Bila alang masuk universiti, alang dah semakin jauh dengan mak. Alang semakin sibuk dengan pembelajaran sampaikan kadang-kadang alang lupakan mak. Tapi alang tau yang mak tak pernah lupa mendoakan alang. alang tahu bukan abah sorang je yang cari rezeki, mak pun sama juga. Setiap hari mak menjahit baju dan mengasuh anak-anak cikgu yang mengajar dekat rumah kita untuk cari duit nak bagi kepada anak-anak mak. Masih alang ingat ketika raya dulu .Mak sangat sibuk siapkan baju raya orang lain. Sampaikan baju raya alang mak hanya mampu siapkan pada pagi raya , kadang-kadang baju alang sering mak salah jahit, tapi mak tetap buat juga sampai jadi cantik. Mak akan pastikan anak-anak mak memakai baju raya baru. Biarlah kalau mak sendiri pun tak pakai baju raya.

Apa yang alang boleh cakapkan adalah alang sentiasa doakan mak, semoga mak sihat sentiasa. Alang tahu setiap hari mak akan doakan alang . Alang cuma kesian dekat mak sebab kena berkerja lagi sedangkan anak-nak mak dah besar. Alang harap mak boleh bersabar untuk tunggu alang mendapat pekerjaan yang baik .In sha Allah alang akan berikan gaji alang kepada mak dan abah. 

Alang sayang mak dan abah sangat -sangat !!
 Sekian.

No comments:

Post a Comment